Home

Selamat datang ke Blog Taska Nur Ridhwan! Lokasi taska ini bertempat di Kg.Mak Chili,Kemaman,Terengganu.
Kami menawarkan khidmat asuhan bayi dan kanak-kanak, pembelajaran sambil bermain dan transit sehari,seminggu,dan sebulan. Seawal umur 2 bulan sehingga 6 tahun.
Antara kelebihan-kelebihan taska kami adalah;
  • Ruang taska yang selesa, bersih dan selamat,lokasi taska jauh dari jalan besar.
  • Tenaga pengajar dan pengasuh berkelayakan ( Pengasuh mempunyai sijil SPM & mempunyai Diploma pendidikan awal kanak- kanak.)
  • Kemudahan yang terdapat di taska ( baby area, baby room, penapis air, CCTV , etc).
  • Memastikan kanak-kanak yang di hantar ke taska di pantau dari segi kesihatan .
  • Pengasuh dan tenaga pengajar di vaksin terlebih dahulu sebelum mula bekerja.
  • Taska dalam proses daftar dengan pihak JKM .
  • Aktiviti harian di taska yang merangkumi bidang pembelajaran perkembangan kanak-kanak PERMATA, bermain sambil belajar.Selain itu, diselitkan juga belajar mengenai pendidikan asas moral dan agama. 
  • Bidang pembelajaran perkembangan awal  kanak-kanak :
  1. Sahsiah,sosioemosi & kerohanian 
  2. Fizikal dan psikomotor 
  3. Kreativiti dan Estetika
  4. Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
  5. Bahasa ,komunikasi dan Literasi Awal
  6. Awal Matematik dan Pemikiran logik

                       
                       Waktu beroperasi : 6.30 pagi - 5.30 petang.
                                                      6 ptg - 10 mlm (special request sahaja)

                                            Hari : Ahad - Khamis & Sabtu
                                                      Jumaat - Cuti



Jika anda berminat ingin mendaftar anak anda di taska , sila hubungi pn.siti 0109071988

Comments